Friday 15 June 2012

RUMAPAI LAUT GRED AAA

Ada sesiapa berkesempatan menonton siaran nona tv3 tentang rumpai laut??? sejak itu ia menjadi terkenal dengan kepelbagaian fungsi terutama dalam bidang kecantikan. Ia sebenarnya telah diamalkan sejak turun temurun sebagai diet dan Rumpai laut juga terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
  1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
  2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
  8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
  9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit - birit dan demam anda diyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman dalam badan.
Gambaran berikut menunjukkan betapa rumpai laut/seaweed mengandungi khasiat yang tinggi










Essential Nutrition
sumber dari : http://seaweedmalaysia.wordpress.com/about-seaweed

Sehubungan itu saya ingin mewar-warkan sesiapa yang berminat untuk memiliki dan mengamalkan pemakanan rumpai laut ini boleh lah menghubungi saya 019-6049439. Saya menjual pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti produk yang sangat baik. 

Ia adalah Rumpai Laut Gred AAA

Eucheuma cottonii